Skip to main content

Cara Permohonan & Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2020

MagicBlue Natural Deodorant

MagicBlue merupakan natural deodorant yang dihasilkan dari bahan semula jadi iaitu pati rose, tawas, air mineral dan herba-herba terpilih. Kompilasi bahan-bahan yang terbaik tersebut menghilangkan bau badan atau ketiak selama 72 jam atau selama 3 hari. magicBlue ini dihasilkan oleh syarikat bumiputera iaitu MagicBlue Malaysia yang beroperasi di Pasir Tumbuh Kelantan.

Cara Permohonan & Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2020




Berikut cara-cara memohon kemasukan ke Insitut Pendidikan Guru (IPG) secara online.
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my/
  • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
  •  pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima rujukan.
  • Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.




Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda dinasihatkan untuk menghubungi bahagian pengambilan IPG KKM di alamat berikut:




INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR


(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)


No. Telefon : 03-8312 6720/6730/6768/6627/6758/6693/6733/6731/6769/6761/6689/6760